Wren Chella Series Cast Iron Cookware

Chella Series Cast Iron Cookware 20cm, 24cm, 27cm

Cast Iron Wok: Use, Care & Safety Guide

Thank you for choosing Wren seasoned cast iron cookware! To ensure a long-lasting and enjoyable cooking experience, please read this guide carefully before first use. These care instructions are designed to help maintain your cookware's performance, prevent damage, and ensure your safety.

Re-Seasoning

Your Cast Iron Wok naturally requires regular seasoning to prevent rust and maintain its non-stick properties. Although your wok comes seasoned, periodic re-seasoning is essential to keep it in top condition. This process helps oil bond with the iron, creating a durable, protective layer. Well-seasoned cast iron has a characteristic black finish, which is completely normal. If you notice food sticking to the surface or see rust developing, it's time to re-season your wok using the following steps:

Choosing the Right Seasoning Oil

Select an oil with a high smoke point, such as coconut, sunflower, or canola for best results.

Cleaning Before Re-Seasoning

Remove any food residue and rust by scrubbing the wok with hot, soapy water and a natural fibre brush. You can slightly warm the wok on the stovetop to make this process easier.

Dry the wok completely. One effective method is to heat it on the stovetop until all moisture evaporates, then allow it to cool naturally.

Re-Seasoning Methods - Using a Gas Stove

  • Apply a thin, even layer of seasoning oil to the wok's interior.
  • Wipe off any excess oil with a paper towel - the surface should feel dry, not greasy.
  • Place the wok on the stovetop and gradually increase the heat from low to medium-high.
  • Heat the wok until the oil reaches its smoke point and no visible residue remains.
  • Repeat this process 2-3 times for a well-seasoned surface.

Re-Seasoning Methods - Using an Oven

  • Apply a thin, even layer of seasoning oil to both the interior and exterior of the wok.
  • Wipe off any excess oil with a paper towel until the surface looks dry and matte.
  • Place the wok upside down on the middle oven rack.
  • To catch any drips, position a baking sheet or foil on a lower rack.
  • Bake at 180C to 230C for one hour, depending on the smoke point of your chosen oil.

Please ensure not using the glass lid when using the wok in oven.

After Seasoning

Allow the wok to cool completely before handling to prevent burns or damage.

Store in a dry place, and if stacking with other cookware, place a paper towel between them to absorb moisture and prevent rust. Repeating the seasoning process a few times will help build a strong, protective layer for long-term performance.

Cooking with Your Wren Cast Iron Cookware

General Cooking

Before cooking, always preheat your Wren cast iron wok gradually on low heat for a few minutes. This ensures even heating and prevents hot spots. Once preheated, add a generous amount of cooking oil to prevent food from sticking.

Heat Settings

Cast iron retains heat exceptionally well. After preheating, low to medium heat is sufficient for most cooking needs.

Oven Use

Wren cast iron wok is oven-safe up to 260C on its own. Do not use Wren cast iron wok with lid in oven due to presence of silicone and bakelite materials on the glass lid. This wok is broiler-safe when used without the lid.

Caution: Always use potholders or oven mitts when removing wok from the oven, as the handles and body will be extremely hot.

Utensils

Wren cast iron wok (20cm, 24cm, 27cm) is compatible with all types of utensils, including metal. However, cutting directly in the pan may damage the seasoning and lead to rust, requiring re-seasoning as outlined in the care guide.

Deep Frying

  • When deep frying, fill the wok no more than one-third full with oil.
  • Never leave hot oil unattended and never cover the wok with a lid while frying.
  • Use low heat when warming oil, as it can quickly overheat and ignite.

Preventing Thermal Shock

  • Never pour cold liquids into a hot wok.
  • Avoid placing a hot wok directly into a freezer or vice versa.
  • Heat or cool the wok gradually.

Cleaning & Storing Your Wren Cast Iron Cookware

Washing

Allow the wok to cool before washing. Placing a hot wok in cold water may cause thermal shock and lead to cracks or warping. Wash your Wren cast iron wok with warm water and Wren natural fibre brush or a sponge. For stubborn residue, use the Wren chainmail scrubber, which cleans effectively without stripping the seasoning. Scouring pads or steel wool may also be used, but these can remove seasoning, so re-season if needed.

Drying & Preventing Rust

Dry thoroughly after washing to prevent rust on exposed areas. Apply a very thin layer of seasoning oil all over the wok, wiping away excess to leave a dry, matte finish.

Storage Tips

Store with lids off to allow airflow and prevent moisture buildup. Place a paper towel between stacked cookwares to absorb moisture and prevent rust.

Warning: Never place Wren cast iron wok in the dishwasher. Hand wash only.

ย 

Wren Cast Iron Cookware Warranty

We take great pride in the craftsmanship and durability of our products. This warranty is designed to ensure your confidence in using our cookware for years to come.

Limited Warranty Coverage

Wren provides a limited lifetime warranty against defects in materials and workmanship under normal household use. This warranty applies only to the original purchaser and is non-transferable.

What This Warranty Covers

  • Manufacturing defects, including structural integrity issues.
  • Damage that occurs under normal, non-commercial household use when following the care and maintenance guidelines provided in this manual.

What This Warranty Does Not Cover

  • Normal wear and tear, seasoning wear, or slight surface imperfections.
  • Rust, as proper seasoning and maintenance are required to prevent it.
  • Damage caused by misuse, neglect, overheating, thermal shock, improper cleaning, or exposure to harsh detergents.
  • Dishwasher damage.
  • Glass lids and silicone sleeves.
  • Commercial or professional use.
  • Accidental drops or impact damage.
  • Unauthorized modifications, repairs, or alterations.

How to Make a Warranty Claim

Contact Wren Customer Service via email with proof of purchase. Provide clear photos of the issue along with a brief description. If deemed a valid warranty claim, Wren may offer a replacement or store credit at our discretion.

Note: You may be responsible for shipping costs associated with both returning the defective product and shipping the replacement product.

For further assistance, please contact Wren Customer Support at support@wren.my.

Kuali Besi Tuang: Panduan Penggunaan, Penjagaan & Keselamatan

Terima kasih kerana memilih Kuali Besi Tuang Wren yang telah disalut dengan lapisan minyak dan sedia untuk digunakan! Bagi menjamin pengalaman masakan yang berterusan, memuaskan dan tahan lama, sila teliti panduan ini dengan sepenuhnya sebelum penggunaan pertama. Panduan penjagaan ini adalah untuk membantu anda mengekalkan prestasi kuali, mengelakkan kerosakan dan memastikan keselamatan anda sepanjang penggunaan.

Proses Menyalut Kuali Besi Tuang Wren Anda

Kuali Besi Tuang Wren memerlukan proses menyalut semula secara berkala untuk mencegah karat dan mengekalkan sifat anti-lekat. Walaupun kuali anda telah disalut minyak, proses ini penting bagi mengekalkan keadaannya pada tahap terbaik. Proses polimerisasi ini membantu minyak bergabung dengan besi, menghasilkan lapisan pelindung semula jadi. Kuali Besi Tuang Wren yang disalut dengan baik akan berwarna hitam, ini adalah biasa. Jika makanan mula melekat atau terdapat tanda-tanda karat, ini adalah isyarat bahawa kuali perlu disalut semula mengikut langkah berikut:

Pemilihan Minyak Salutan yang Sesuai

Pilih minyak dengan takat asap yang tinggi seperti minyak kelapa, bunga matahari, atau kanola untuk hasil yang optimal.

Pembersihan Sebelum Menyalut Semula

Bersihkan daripada sisa makanan dan karat dengan memberus kuali menggunakan air panas bersabun dan berus gentian semula jadi. Anda boleh memanaskan kuali sedikit di atas dapur untuk memudahkan proses ini.

Keringkan sepenuhnya. Kaedah berkesan ialah dengan memanaskannya di atas dapur sehingga semua kelembapan tersejat, kemudian biarkan ia sejuk secara semula jadi.

Kaedah Menyalut Semula - Menggunakan Dapur Gas

  • Sapukan lapisan minyak yang nipis dan sekata pada bahagian dalam kuali.
  • Lap lebihan minyak dengan tisu dapur; permukaan hendaklah terasa kering, bukan berminyak.
  • Letakkan kuali di atas dapur dan tingkatkan haba secara beransur-ansur daripada rendah ke sederhana tinggi.
  • Panaskan kuali sehingga minyak mencapai takat asap dan tiada sisa kelihatan.
  • Ulangi proses ini 2-3 kali untuk mendapatkan lapisan salutan yang sempurna.

Kaedah Menyalut Semula - Menggunakan Ketuhar

  • Sapukan lapisan minyak yang nipis dan sekata pada bahagian dalam dan luar kuali.
  • Lap lebihan minyak dengan tisu sehingga permukaan kelihatan kering dan matte.
  • Letakkan kuali secara terbalik di rak tengah ketuhar.
  • Letakkan dulang pembakar atau kerajang aluminium (aluminium foil) di rak bawah untuk menadah titisan minyak.
  • Bakar pada suhu antara 180C hingga 230C selama satu jam, bergantung pada takat asap minyak yang digunakan.

Jangan gunakan penutup kaca semasa menggunakan kuali besi tuang Wren di dalam ketuhar.

Selepas Proses Menyalut

Biarkan kuali sejuk dengan sepenuhnya sebelum dipegang bagi mengelakkan melecur atau kerosakan.

Simpan di tempat yang kering, dan jika disusun dengan perkakas lain, letakkan tisu di antara kuali untuk menyerap kelembapan dan mencegah karat. Mengulangi proses salutan beberapa kali akan membantu membentuk lapisan pelindung yang kukuh untuk prestasi jangka panjang.

Memasak Menggunakan Kuali Besi Tuang Wren

Kaedah Umum Memasak

Sebelum memasak, panaskan kuali besi tuang Wren secara beransur-ansur pada api kecil selama beberapa minit bagi memastikan pemanasan sekata dan mengelakkan kawasan panas tidak sekata. Setelah dipanaskan, tambahkan minyak masak secukupnya untuk mencegah makanan daripada melekat.

Tetapan Haba

Kuali besi tuang Wren mengekalkan haba dengan sangat baik. Selepas dipanaskan, api rendah hingga sederhana sudah mencukupi untuk kebanyakan kaedah memasak.

Penggunaan Dalam Ketuhar

Kuali besi tuang Wren selamat digunakan dalam ketuhar sehingga 260C. Jangan gunakan kuali besi tuang Wren dengan penutup kaca di dalam ketuhar kerana penutup kaca mempunyai bahan silikon dan bakelit. Selamat digunakan dengan fungsi pemanggang (broiler) jika tanpa penutup.

Amaran: Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar kerana pemegang dan badan perkakas akan menjadi sangat panas.

Perkakas Memasak

Kuali besi tuang Wren sesuai digunakan dengan semua jenis perkakas termasuk logam. Namun, elakkan memotong terus di dalam kuali kerana ia boleh merosakkan lapisan salutan dan menyebabkan karat, memerlukan proses memperbaharui penyalutan semula.

Menggoreng Dalam Minyak Banyak

  • Isikan minyak tidak lebih daripada satu pertiga ketinggian kuali.
  • Jangan tinggalkan minyak panas tanpa pengawasan dan jangan tutup dengan penutup kaca semasa menggoreng.
  • Gunakan api rendah ketika memanaskan minyak bagi mengelakkan risiko minyak terlalu panas dan terbakar.

Mencegah Kejutan Haba (Thermal Shock)

  • Jangan tuangkan cecair sejuk ke dalam kuali panas.
  • Jangan letakkan kuali panas terus ke dalam peti sejuk atau sebaliknya.
  • Panaskan atau sejukkan kuali secara beransur-ansur.

Pembersihan & Penyimpanan Kuali Besi Tuang Wren

Pencucian

Biarkan kuali sejuk sebelum dicuci. Merendam kuali panas ke dalam air sejuk boleh menyebabkan retakan akibat kejutan haba. Cuci dengan air suam menggunakan berus gentian semula jadi Wren atau span. Untuk sisa degil, gunakan penyental rantai Wren yang tidak menanggalkan lapisan salutan. Span kasar atau dawai keluli boleh digunakan tetapi akan menanggalkan salutan, jadi lakukan penyalutan semula jika perlu.

Pengeringan & Pencegahan Karat

Keringkan sepenuhnya selepas dicuci untuk mengelakkan karat pada permukaan yang terdedah. Sapukan lapisan minyak yang sangat nipis pada keseluruhan permukaan dan lap lebihan supaya tinggal kemasan kering matte.

Penyimpanan

Simpan tanpa penutup untuk memastikan aliran udara dan mencegah kelembapan terkumpul. Letakkan tisu di antara kuali yang disusun bagi menyerap kelembapan dan mencegah karat.

Amaran: Jangan sekali-kali mencuci kuali besi tuang Wren menggunakan mesin basuh pinggan. Cuci secara manual sahaja.

ย 

Jaminan Kuali Besi Tuang Wren

Kami amat berbangga dengan mutu kerja dan ketahanannya. Jaminan ini diberikan untuk menjamin keyakinan anda dalam menggunakan produk ini untuk jangka masa panjang.

Liputan Jaminan Terhad

Wren memberikan Jaminan Terhad Sepanjang Hayat terhadap kecacatan bahan dan mutu kerja di bawah penggunaan isi rumah biasa. Jaminan ini hanya sah untuk pembeli asal dan tidak boleh dipindah milik.

Jaminan Ini Meliputi

  • Kecacatan pembuatan termasuk isu struktur.
  • Kerosakan yang berlaku semasa penggunaan isi rumah biasa mengikut garis panduan penjagaan yang disediakan.

Jaminan Ini Tidak Meliputi

  • Haus dan lusuh biasa, kehilangan lapisan salutan, atau ketidaksempurnaan kecil pada permukaan.
  • Karat akibat kegagalan menjalankan penjagaan dan penyelenggaraan yang betul.
  • Kerosakan akibat penyalahgunaan, kelalaian, pemanasan berlebihan, kejutan haba, pembersihan tidak betul, atau penggunaan bahan pencuci kasar.
  • Kerosakan daripada mesin basuh pinggan.
  • Penutup kaca dan sarung silikon.
  • Penggunaan komersial atau profesional.
  • Kerosakan akibat terjatuh atau hentakan.
  • Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan tanpa kebenaran.

Tuntutan Jaminan

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Wren melalui e-mel dengan bukti pembelian. Sertakan gambar jelas isu tersebut bersama penerangan ringkas. Jika tuntutan disahkan sah, Wren boleh menawarkan penggantian atau kredit kedai mengikut budi bicara kami.

Nota: Anda mungkin perlu menanggung kos penghantaran untuk pemulangan dan penghantaran produk gantian.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Wren di support@wren.my.